Saturday, February 23, 2008

Program Merintis Kerjaya Perubatan

Pada 22 Feb 2008 yang lepas, Unit UBK sekolah telah menggadakan Program Merintis Kerjaya Perubatan bersama-sama dengan bekas pelajar sekolah ini. Perkongsian pengalaman ini merupakan satu aktiviti yang dapat memberikan motivasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini. Selain daripada itu, pendedahan terhadap bidang kerjaya perubatan juga amat bermakna kepada pelajar yang ingin menjurus ke arah kerjaya ini

Sesi Berdialog dengan Bekas Pelajar.
Taklimat penting dari Puan Robiah selaku kaunselor sekolah.

Visi dan Misi Kaunseling

VISI, MISI DAN FALSAFAHPERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam
mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010
MISIUntuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut
dilaksanakan dengan jayanya:
Menguruskan program dan aktiviti kaunsefing dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan pelajar yang mempunyaj kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
Membimbingan pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui
program bimbingan dan kaunseling.
Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar dan
memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan
secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan
dan kaunseiing yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan
sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam
aspek inteiek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Kod Etika Kaunseling


KOD ETIKA GKSM / GBSM


Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.Menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.Diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.


TANGGUNGJAWAB GKSM / GBSM


Bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.Menghormati hak klien dan merahsiakan segalamaklumat yang diperolehj semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.Memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.Membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.Merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jikamengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.