Saturday, February 23, 2008

Kod Etika Kaunseling


KOD ETIKA GKSM / GBSM


Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.Menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.Diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.


TANGGUNGJAWAB GKSM / GBSM


Bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.Menghormati hak klien dan merahsiakan segalamaklumat yang diperolehj semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.Memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.Membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.Merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jikamengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.

No comments: